Dr Xavier Jayakumar a/l Arulanandam

GE13 Carian Direktori Calon

Dr Xavier Jayakumar a/l Arulanandam

Saya seorang yang sangat prihatin dan bersimpati dengan nasib rakyat. Saya mahu berkhidmat untuk mereka dan percaya bahawa pendidikan adalah penting untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah.

Nombor kerusi dan nama
N49 - Seri Andalas
Negeri
Selangor
Posisi dalam parti
Ketua Cabang Kota Raja, Ahli Biro Politik PKR
Umur
61
Latarbelakang Keluarga

Mempunyai tiga orang anak bersama isteri, Sheila Devaraj. Juga mempunyai seorang cucu.

Butiran Sejarah Persekolahan

Bachelor of Dental Surgery, Manipal University, India. 1979.

Bahasa-bahasa
Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Tamil
Butiran Pengalaman Pekerjaan

* 1980-84 Kementerian Kesihatan Malaysia
* 1984-2008 Doktor Pergigian Swasta - Klinik Pergigian Khoo & Rakan-rakan

Butiran Pengalaman Politik

1999 - menyertai Parti KeADILan
* Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR
* Pengerusi Biro Kesihatan
* Ketua Cabang Parlimen Kota Raja, Selangor

Sebelum 1999 :-
* Naib Presiden Parti Keadilan Nasional (sebelum gabungan)
* Ahli Biro Politik, PKN
* Ahli Biro Politik, PKN
* Pengerusi Pasukan Pilihan Raya dengan kerjasama parti-parti pembangkang lain
* Setiausaha Biro Kesihatan, Barisan Alternatif
* Ahli Sekretariat Barisan Alternatif
* Pengerusi Forum Awam Barisan Alternatif
* Ketua Pasukan Pemantau - Pilihan Raya Parlimen Taiwan
* Pengerusi Jawatankuasa Makan Malam Meraih Dana, PKN 2001

Peristiwa-peristiwa yang paling membanggakan

* Kelahiran tiga anak saya.
* Apabila anak sulung saya dianugerahkan Asean Scholarship untuk pengajian A-Levels
* Perlantikan sebagai Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor

Fakta-fakta menarik diri anda yang tidak diketahui umum?

Saya dilahirkan dan dibesarkan di ladang estet, dari estet Tanjungg Rambutan, ke Langkawi, ke Johor dan ke Kelantan (estet Manik Urai). Saya juga gemar bertukang seni kayu dan telah membina meja dan tudung lampu dari kayu.

Mengapakah anda seorang calon yang baik?

Saya seorang yang sangat prihatin dan bersimpati dengan nasib rakyat. Saya mahu berkhidmat untuk mereka dan percaya bahawa pendidikan adalah penting untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah. Pengalaman saya dengan NGO-NGO dapat membantu dalam mendapatkan bantuan untuk rakyat.

Apakah yang akan anda lakukan untuk memperbaiki keadaan di kawasan kerusi anda?

Sekiranya dilantik, saya akan mengusahakan yang demikian:
* Membina lebih banyak infrastruktur untuk golongan belia, membina dan memperbaiki kemudahan awam sedia ada.
* Memastikan persekitaran terjamin bersih dan mesra penduduk.
* Menangani masalah banjir yang telah melanda kawasan sejak 25 tahun lalu.

Petikan Kegemaran Anda

"All it takes for evil to exist is for good men to do nothing".

Apakah yang akan diperjuangkan oleh anda pada peringkat DUN / Parlimen?

* Memastikan semua anak-anak terutamanya berpendapatan rendah mendapat akses kepada pendidikan dan memastikan tahap pendidikan dipertingkatkan kerana inilah cara untuk memastikan kemiskinan dapat ditangani.
* Memastikan pembinaan Asrama Anak-anak Pekerja Ladang di Negeri Selangor berjalan lancar dan menjadi kenyataan seperti dirancangkan.